Farewell Carol!
Going to miss our daily conversation, hot gossips & bitching and daily work-related frustration, anger & joy.
Purposely taken over looking The Duba Mall, our project.
Last lunch with Carol at Carluccio's
Last day of Ramadhan : Buffet at Al Fazaris,
The Address Hotel Downtown Burj Dubai
(to kill time before iftar, we went to The Dubai Mall nearby. Tiada gambar, hanya Fedd yang ambil gambar).
Last Day of Ramadhan : Setiap 5 minit tanya Fedd what time is it cos nak catch the Dubai Dancing Fountain @ 7pm
sebab itulah sekarang kalau saya nak wish adik mahupun adik nak wish saya selamat berbuka kami akan tulis:
''selamat berbuka lagi 6 jam =)''
atau
''selamat berbuka lagi 3 1/2 jam''
oleh itu kawan2, kalau nak wish selamat berbuka, pastikan anda tekankan berapa jam lagi .. kalau x sia2 saje kena marah lalu berkecil hati seperti saya T_T
sago gula melaka with blue & red berries
roti john
(kenapa dipanggil roti john?
saya ada teori saya tapi malas pulak nak tulis)
Selamat hari merdeka ke-52 Malaysia.
Saya bangga menjadi anak Malaysia, bagaimana dengan anda?
ps .. aju, saya tak balik raya la tahun ini ... saya sudahh emosi dalam entri lepas
pps .. ada dengar air asia - abu dhabi & disebabkan ramai juga bertanya, mungkin jikalau ada masa saya akan tulis serba sedikit mengenai dubai i.e. places to visit, accomodation blablabla tetapi setakat ini anda semua bole jenguk website www.timeoutdubai.com
ppps ... kak ina merajuk dengan dyana ... malas nak tegur dia dah!

Later, saya teringin pulak nak tengok the biggest water fountain in the world la konon-kononnye outside The Dubai Mall. Saya masih tidak pasti adakah ini biggest water fountain in the world? Kena semak fakta ini ya kawan-kawan ... sila betulkan saya jikalau saya salah, saya hanya menerima infomasi daripada media di sini!
Lalu ke luarlah saya di hari yang panas terik walaupon sudah pukul 18:00 lebih .. ok tidak lah panas terik tetapi bahang yang terlalu kuat dan peluh sampai ke batu (bak kata cumi & aunty norma .. sila baca itu dengan loghat terengganu ye kawan-kawan sebab kalau tak x jadi ok!)
Water fountain show tak start lagi tapi ramai dah tunggu .. around 10 minutes tunggu x start2 juga .. x kuasa saya nak tunggu lagi .. dah la the show is only for 4 minutes at every 30 minutes interval ... x kuasa la cik Dubai oooiiiiiii! Saya dah tengok dancing water fountain kat Sentosa Island, what difference could it be right? Tapi suatu hari nanti teringin juga tengok supaya boleh berkata ohh saya sudah tengok dancing fountain di Dubai ... cuma timing kena betul la!
Ni saya sengaja ambil gambar the tallest building in the world, (the whole area is called The Burj Dubai Development) ... tahniah, soon the whole Guinness Book of World Records would evolve only and only around Dubai ... clap clap clap! Anda suka .... me? IHSWIS ... sekian terima kasih dan selamat malam semua!
the grand entrance another entrance
lower level lobby
main ticketing counter
another part of the main lobby, next to the ticketing counter
My second baby (yang tidak menyusahkan saya sangat tetapi kadang-kadang buat saya pening juga); SEGA REPUBLIC
self service ticketing kiosk
main entrance
different view of the main entrance
Kiutkan baju penyambut tetamu dia .. jika saya tiada kerja selepas projek ini saya mahu apply jadi penyambut tetamu di sini kerana dapat memakai baju biru yang kiut dan skirt pendek dan high heels hitam dan saya akan nampak seksi dan comel .. haha!
My third baby (yang saya neglect sebab dah serah kuasa kepada orang lain untuk jaga tetapi bos tetap suka tanya saya T_T); KIDZANIA
the main entrance (hoarding x turun lagi sebab x soft opening lagi) kiut x muncung kapal terbang tu? Jangan main2, itu kapal terbang betul tau, diterbangkan khas dari Indonesia tahun lepas
tengok hoarding je lah! kalau aku amik gambar kat dalam pon x boleh tayang kat sini ... mahu terus kena pecat!
Korang tengok Reel Cinema and Sega mesti cam nothing la kan?! But Kidzania is super duper marvelous lah ... a world for kids .. so the thing is they go on board the plane and (ni from what i know lah .. kalu salah nanti saya betulkan balik ok) there they would choose what kind of a job they would want in Kidzania i.e. doctor, police man, fire fighter, student, chef, QS (haha nak juga letak walaupon xde dalam job description maklum la QS kan x glamer macam En. Architect mahupon En. Engineer) etc (siap ada mini disko and juice bar ok .. tapi konsep disko itu telah ditukar ke music lounge ye kawan-kawan tapi lampu disko itu tetap ada ok) ... and they will be given their own Kidzania money and act like an adult there (cuma aku heran, adakah watak penjenayah akan wujud di situ kerana di dalam balai polis Kidzania siap ada penjara ok .. bukan itu sahaja, bank Kidzania siap ada vault and simulated gold bars and the vault/bank itself is being monitored via camera which is directly linked to the police station, apa guna ada sume itu kala xde penjenayah? atau adakah watak penjenayah akan diberikan kepada saya jikalau saya tiada kerja selepas projek ini siap jadi bolehlah saya hantar resume saya sebagai penjenayah di Kidzania supaya kanak-kanak baru ada feel main police & thieves kan kan kan)... anyhoo, it's obviously a good learning place for kids lah ... ohh how i wish i could be a kid again and join Kidzania ... T_T
Walaupun saya selalu marah-marah dan selalu berasa bengang, saya tetap sayang akan my babies ... ibu bapa mana yang x sayangkan anak ye dak? Saya patut bersyukur dan berkata alhamdulillah kerana setelah hampir 7 tahun berkerja, siap juga (akan siap juga) projek saya (sedih kalau terpaksa berkongsi pengalaman tentang projek2 dulu dengan syarikat-syarikat terdahulu yang sehingga ke hari ini x siap-siap lagi atau kalau siap pon kerana telah diberikan kepada contractor lain... T_T lagi).
I took more picture of The Dubai Mall ... but nanti panjang sangat entry ini yang sudah sediakala panjang .. bohsan pulak korang tengok gambar nanti.
Ketemu kita di lain hari ok.
Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan muslim saya. Sama-sama lah kita menghormati bulan ramadan yang mulia ini.
Sekian wasalam (tangan gaya Yatt Dol).
(Maafkan saya Yati, jangan salahkan saya ... salahkan puan yang baru bersalin itu)!